Politik Saifuddin Abdullah

Ketika menghadiri Mesyuarat Menteri ASEAN-AS

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Dato' Saifuddin Bin Abdullah bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional.[2] Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Temerloh, negeri Pahang. Dato' Saifuddin Bin Abdullah telah menang dengan mendapat undi sebanyak 21381. Calon lawan ialah Ahmad Nizam bin Hamid dari PKR mendapat 18,940 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 76%. Undi rosak sebanyak 924. Saifuddin Abdullah telah bertanding bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2009 dan telah berjaya mendapat undi ke-15 tertinggi. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Ketua Biro Pengajian Tinggi yang diketuai oleh YB Dato Sri Mustapha Mohammad. Beliau juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh sejak 2009. Beliau telah memperkenalkan Majlis Perundingan Parlimen Temerloh (MPPT) sejak beliau menjadi Ahli Parlimen Temerloh. Mulai 6 Mac 2010, Parlimen Temerloh bakal menjadi Parlimen pertama di Malaysia yang akan mengaplikasikan Program Transformasi Kerajaan (GTP)iaitu Bidang Keberhasilan Utama (KRA). Ia akan dinamakan sebagai Temerloh Key Result Area (T-KRA).

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Dato' Saifuddin bertanding di P088 Temerloh menentang Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan. Namun beliau gagal mempertahan kerusi yang dimenanginya pada tahun 2008 itu dengan kekalahan tipis. Beliau seterusnya menubuhkan organisasi New Conversation untuk menyokong kebebasan bersuara dan perbincangan yang lebih matang.

Pada tahun 2015, Saifuddin keluar dari UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung ketidaksepakatan dengan pengendalian skandal 1Malaysia Development Berhad.[3][4]